Van Lama Kembali Beraksi

Sepotong sejarah Ho Yan Hor bakal singgah di sini

Van Lama, Cerita Besar.

Perjalanan Inspirasi Dr Ho Kai Cheong,
Pakar Herba Berwawasan yang Berhati Mulia

Teh Ho Yan Hor,
Semua Orang Boleh Minum

Pada tahun 1941, Dr. Ho Kai Cheong mencipta ubat selesema yang telah menjadi jenama teh herba Cina yang dipercayai di Ipoh. Ramuan khas herba Cina yang dikenali sebagai Ho Yan Hor bertujuan untuk memberi manfaat kepada penduduk setempat dengan memberikan kelegaan dan penyembuhan semula jadi. Di luar warisan kesejahteraan, Ho Yan Hor benar-benar merupakan warisan daripada kepuasan hati kejiranan dan kelebihan kesihatan dalam 80 tahun terakhir.

Tangan untuk Melayani,
Hati untuk Mencintai

Dr. Ho sentiasa menawarkan tangannya kepada yang memerlukan. Sebagai seorang pakar perubatan Cina, beliau telah melihat pesakit dengan selesema biasa, hidung berair dan demam kerana haba badan. Ho Yan Hor dicipta sebagai penyelesaian kepada ketidakselesaan kesihatan.

Semasa era tersebut, pendatang Cina dari China datang ke Lembah Kinta untuk bekerja sebagai buruh perlombong bijih timah. Bekerja di bawah matahari panas terik dan hari hujan menyebabkan mereka mudah jatuh sakit. Oleh itu, mereka akan minum Ho Yan Hor sebagai pencegahan dan rawatan selesema dan deman agar mereka tidak sakit dan melangkau bekerja.

Tiada Pengorbanan,
Tiada Hasil

Dr. Ho percaya bahawa kerja keras yang dapat ditanggung akhirnya akan menghasilkan kejayaan. Beliau hidup melalui peperangan dan kemiskinan, juga telah menempuh fasa-fasa sukar dalam kehidupan dan mengubahnya menjadi peluang. Dari seorang pembantu kedai, askar, petani dan pakar perubatan Cina, Dr. Ho dilihat sebagai seorang yang sangat serba boleh yang mengalami naik dan turun dalam hidup.

Setelah Perniagaan Berkembang, Begitu juga Pengangkutan dan Kilang Pengeluaran

Sementara isterinya menguruskan perniagaan di kedai, Dr. Ho akan berbasikal dari kampung ke bandar dan meliputi Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun kaki yang melecet, dia berjaya mendapatkan kenderaan pertamanya, Morris Minor pada tahun 1948, dan juga Fordson Light Van, Van Pemasaran Ho Yan Hor pada tahun 1951.

Kilang Ho Yan Hor dibina pada tahun 1954 di Jalan Kuala Kangsar. Teh herba itu mula dikenali di Singapura dan Thailand manakala cawangan luar negara pertamanya mula ditubuhkan di Hong Kong pada 1960-an. Jenama ini mendapat perhatian di Amerika Syarikat, United Kingdom dan New Zealand pada tahun 1970-an.

Berdiri di Tempat di mana Sejarah Terjadi - Muzium Ho Yan Hor

Sejarah yang penting adalah perjalanan Ho Yan Hor. Rumah asal Dr. Ho Kai Cheong telah bertukar menjadi muzium di Ipoh. Muzium Ho Yan Hor terletak di pekan lama Ipoh dan ia merupakan tempat di mana sejarah berlaku.

Muzium ini didirikan pada bulan Januari 2016, sebagai kenangan kasih sayang kepada ayah terhebat oleh anak-anak, dan juga untuk menghormati pengasas Ho Yan Hor, Dr. Ho Kai Cheong; untuk berkongsi detik-detik berharga melalui kesusahan dan kemuliaan sepanjang perjalanan keusahawanannya. Ia adalah tarikan wajib dikunjungi apabila anda berada di Ipoh.

Mari Melawat Kami Pada Hari Ini

Waktu Pembukaan

Selasa - Ahad, 10:00am - 4:00pm

Tutup pada hari Isnin

( Masuk Adalah Percuma )

Rancang Lawatan Anda

Bagi memastikan pengalaman lawatan yang selesa dan tidak terlalu sesak, tempahan awal amat digalakkan.

Walaupun pengunjung tanpa tempahan (walk-in) dialu-alukan, kemasukan pada waktu puncak adalah terhad mengikut kapasiti, dan pengunjung mungkin perlu menunggu slot berikutnya.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda dalam membantu kami mengekalkan persekitaran yang selamat dan selesa untuk semua.

Panduan dan Etika Pelawat

Bagi memastikan pengalaman yang selesa, selamat dan menyeronokkan untuk semua pelawat serta kakitangan, anda dimohon untuk mematuhi panduan berikut.

1. Had Kapasiti dan Pergerakan Kumpulan

a) Pergerakan Pelawat: Pihak muzium akan mengawal pergerakan pelawat demi keselamatan dan keselesaan semua. Pelawat hendaklah kekal bersama kumpulan masing-masing dan tidak dibenarkan menyertai kumpulan pelawat lain.

b) Had Kapasiti: Maksimum 20 orang pelawat dibenarkan berada di setiap tingkat pada satu-satu masa.

c) Kumpulan Besar: Kumpulan yang melebihi 20 orang akan diminta untuk berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil.

a) Kumpulan Pelancong: Setiap kumpulan hendaklah diiringi oleh pemandu pelancong masing-masing sepanjang masa. Ketua rombongan bertanggungjawab terhadap kumpulannya.

b) Rombongan Sekolah: Murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah sentiasa berada di bawah pengawasan rapi guru atau penjaga yang mengiringi mereka.

c) Kanak-kanak di Bawah Umur 12 Tahun: Hendaklah sentiasa berada di bawah pengawasan rapi ibu bapa atau penjaga.

d) Larangan Berlari dan Melompat: Demi keselamatan dan bagi mengekalkan suasana yang tenang, pelawat tidak dibenarkan berlari atau melompat di dalam premis.

a) Tangga Lama: Hanya seorang pelawat dibenarkan menggunakan tangga pada satu-satu masa. Sila tunggu sehingga pelawat di hadapan selesai menaiki atau menuruni tangga sebelum anda mula menggunakannya.

b) Langkah Perlahan: Sila berjalan dengan langkah yang perlahan dan ringan semasa menggunakan tangga serta melawat ruang pameran di tingkat atas.

c) Suasana Tenang: Sila berbual dengan suara yang perlahan demi keselesaan semua pelawat.

a) Jangan Sentuh: Sila elakkan daripada menyentuh bahan dan kelengkapan pameran, khususnya yang mempunyai tanda “Jangan Sentuh”.

b) Makanan dan Minuman: Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan dimakan atau diminum di dalam muzium. Sila tinggalkannya di kaunter penyambut tetamu semasa ketibaan.

c) Kebersihan: Dilarang membuang sampah merata-rata di dalam atau di sekitar kawasan muzium.

a) Larangan Merokok dan Menggunakan Vape: Merokok dan penggunaan rokok elektronik atau vape adalah dilarang sama sekali di seluruh premis.

a) Haiwan peliharaan, topi keledar dan senjata tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam muzium.

a) Tempahan Awal: Pelawat amat digalakkan membuat tempahan awal, terutamanya bagi lawatan pada hujung minggu dan cuti umum. Sila maklumkan kepada pihak muzium terlebih dahulu sekiranya anda perlu menukar jadual atau membatalkan lawatan.

b) Ketepatan Masa: Sila hadir tepat pada waktu lawatan yang ditempah. Tempahan akan dibatalkan sekiranya anda lewat. Penjadualan semula tertakluk pada kekosongan.

c) Hak Pindaan: Muzium Ho Yan Hor berhak meminda atau mengemas kini terma-terma ini pada bila-bila masa.

Pengiktirafan Kecemerlangan

Kenyataan Akhbar

Muzium Ho Yan Hor menerima pengiktirafan PERAK dalam Program Jaminan Kualiti Pelancongan Malaysia (MyTQA)

6 Jun 2023 - Muzium Ho Yan Hor (HYHM) dengan sukacitanya mengumumkan pencapaian terkini menerima pengiktirafan PERAK dalam Program Jaminan Kualiti Pelancongan Malaysia (MyTQA). Pencapaian ini lebih mengukuhkan komitmen muzium untuk menyampaikan pengalaman yang luar biasa kepada pengunjungnya.

Program MyTQA, sebuah inisiatif yang dipimpin oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC), bertujuan untuk meningkatkan standard produk pelancongan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan di seluruh Malaysia. Dengan menyertai program ini, pemain industri memperoleh pengiktirafan berharga dan terdorong untuk memberi keutamaan kepada penyampaian perkhidmatan terbaik.

HYHM adalah destinasi pelancongan pertama di Ipoh yang diiktiraf oleh MyTQA. Walaupun berbangga dengan pengiktirafan Perak, pasukan HYHM tetap berazam untuk mencapai peningkatan berterusan. Pasukan ini menyambut peluang ini untuk pertumbuhan dan berdedikasi untuk melebihi jangkaan pengunjung.

Muzium Ho Yan Hor merupakan destinasi pelancongan utama di Ipoh yang mempamerkan sejarah dan warisan jenama terkenal Ho Yan Hor untuk teh herba kesihatan Cina. Melalui pameran yang memukau, paparan interaktif, dan penceritaan yang menarik, muzium ini memberikan pengalaman yang autentik kepada pengunjung yang memperingati warisan dan sumbangan jenama tempatan ini kepada kepentingan sejarah.

Apa yang Diperkatakan oleh Pengunjung mengenai
Lawatan ke Muzium Ho Yan Hor

Hubungi Kami